Thursday 29 March 2012

Walang oh Walang..

Baru dua hari tak dengar suara ma, dah mula rasa rindu yang mencengkam. Tadi rasa lega dah dapat bercakap dengan dia, tapi rasa rindu tak susut pun. Makin bertambah adalah.

By the way, rasa risau dan bersalah sikit. Dengan ma ayah tentunya. Aku rasa aku dah pecah kongsi dengan Aman. Dah tak boleh nak teruskan bisnes dengan dia lagi. Kami mcm ada krisis. Mungkin salah aku, mungkin salah dia. Entahlah. Aku dah cuba bertanya, tapi respon yang diterima hendak tak hendak saja.

Ma tanya perkembangan bisnes macam mana. Tapi aku tak boleh jawab apa-apa. Ada dua benda aku hutang dengan ma sekarang. Study dan bisnes. Dan kedua-duanya aku nak buat sekarang. Kalau ikutkan hati aku nak bungkus barang balik duduk rumah saja. Hari-hari boleh tengok ma, hati pun lebih senang. Tapi, aku tak rasakan itu jalan yang terbaik.

Sedihnya, macam nak menangis sepuas-puas hati.

jangan kata STRESSS!

Aduh aduh aduh, sakit kepala! Banyak betul benda nak kena fikir. Kerja, study, itu ini... Aduh duh duh.

Banyak plan yang dah berubah ni. Tapi misi tetap sama. Tahun ni nampaknya bukan tahun untuk bermain-main dan berboros lagi. Kena fokus.

Ya Al;lah, tolonglah aku. Dah hampir lemas ni..

Wednesday 28 March 2012

Pelbagai Rasa

Aku rindu ma dengan ayah.

Ayah pesan supaya aku berjubah semula.

Jangan pakai seluar dengan baju yang bukan-bukan.

Aku teringatkan ma dengan senyum manisnya.

Thursday 15 March 2012

Sayang Tak Dengan Duit RM300?

Sekarang waktu terdesak, kewangan tak berapa kukuh. sepatutnya kena berjimaat-cermat. Hari tu ada plan nak pindah rumah, sebab rumah yang diduduki sekarang ni akan habis kontrak dalam masa setahun lagi. Jadi terburu-burulah cari iklan rumah untuk sewa bilik saja.

Merata-rata tempat cari, di setiawangsa, wangsa maju, keramat, gombak, dan semuanya tak puas hati. takut juga nak tinggal dengan orang yang kita tak kenal, lebih-lebih lagi, penghuni rumah tu sendiri ada yang merokok. Harga sewa sebuah bilik tu, ada yang RM200, ada RM250, dan ada juga yang RM300. RM500 pun ada. Kalau kat kelantan tu, dah boleh sewa sebuah rumah double-storey atleast, dengan harga macam tu.

Puisi Sepi (i)




Duniaku hanyalah dia yang tidak pandai mengerti,

menafsir lurah-lurah kehidupan yang sepi,
di sebalik senyum yang tidak pernah berhenti.

Wednesday 14 March 2012

Assalamualaikum.

Jangan penjarakan dirimu di sebalik jeriji kenangan.
Ayuh, singkaplah tabir kehidupan, dan terus keluar dan melangkah.
Kerana rahsia hidup ini terlalu menarik untuk diterokai.