Thursday 15 March 2012

Puisi Sepi (i)




Duniaku hanyalah dia yang tidak pandai mengerti,

menafsir lurah-lurah kehidupan yang sepi,
di sebalik senyum yang tidak pernah berhenti.


Dia menyeru kepada puput bayu,
sampaikanlah salamku kepada laut yang membiru,
kerana di situ hati menyimpan seluruh rasa rindu.

Lapis langit adalah saksi kehidupan,
merakam segala tangis dan air mata,
menaungi usaha dan cita-cita,
terpahat utuh,
pada arca keyakinan yang tidak pernah membohongi,
sekeping hati yang cekal menghadapi.

-Salsabila,
 Shah Alam,
 

No comments:

Post a Comment