Wednesday 28 March 2012

Pelbagai Rasa

Aku rindu ma dengan ayah.

Ayah pesan supaya aku berjubah semula.

Jangan pakai seluar dengan baju yang bukan-bukan.

Aku teringatkan ma dengan senyum manisnya.

Dengan harapannya.

Dengan bebelannya.

Dengan tangis rajuknya sejak dia sakit.

Aku rindukan semuanya.

Aku rindukan keluargaku.

Dan aku sayangi mereka.

Sayang pada mereka.

Aku juga rindukan dia.

Yang selalu memahami aku.

Yang jauh, yang sedang berjuang.

Rindu yang sangat dalam tersimpan di dalam hati, dan aku luahkan di sini.

Tidak ada apa lagi yang aku harapkan, dan doakan,
hanyalah semoga dia baik-baik saja.
selalu dilindungi Allah, ditunjuki jalan yang benar.

Aku.
Selalu sayang padanya.

No comments:

Post a Comment